20110109

Kanak-kanak dan klinik gigi..

helo!

entri pendek.

sepetang berada di klinik gigi,
dua orang kanak-kanak berbaju kuning dan merah jambu.
bersama ibu dan ayah mereka.


kanak-kanak berbaju merah jambu kelihatan berani.
kanak-kanak berbaju kuning kelihatan tenang.


tidak berapa lama kemudian.
kanak-kanak berbaju kuning menggigit kapas.
setelah selesai gigi bawah bahagian hadapan dicabut.
tenang.


kanak-kanak berbaju merah jambu menangis teresak-esak.
tidak mahu giginya dicabut.
setelah beberapa ketika.
keluar teresak-esak bersama kapas dimulut.

selesai~



tidak lama kemudian..
keluar seorang lagi kanak-kanak lain berbaju merah jambu.
mulanya kelihatan tenang.
keluar dengan air mata yang sudah bergenang.
akhirnya menangis.



hanya melihat sahaja kelakuan mereka.
menarik! :)

kanak-kanak dan klinik gigi.

adakah sangat menggerunkan..?